
cheritachucks
5 tahun
Pening dan Terasa Ingin Pengsan
Salam Doktor.
Saya berumur 25 tahun. Saya kerap mengalami situasi dimana saya terasa seakan akan ingin pengsan dan berdebar secara tiba tiba. Hal ini membuatkan saya risau akan kesihatan saya. Apabila saya berjalan, saya rasa seperti berpusing pusing. Adakah saya mengalami penyakit yang bahaya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hypotensi, keadaan di mana tekanan darah anda selalu rendah.
- Hypoglycemia, keadaan di mana anda tidak mendapat gula untuk metabolisme anda.
- Anaemia, kekurangan darah dalam badan akan menyebabkan gejala seperti anda sebutkan kerana kekurangan saluran oksigen ke seluruh badan.
- Penyakit jantung.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.