
missepoyanzi97
5 tahun
Pening Dan xde selera makan
Sy lelaki 23 tahun…berapa Hari spls sy demam…sejak Tu sy xde selera makan Dan rse MCM xsedap mknn …Dan kadang² rse pening…tapi start rse begitu sy tak demam…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Rasa kurang selera makan boleh disebabkan oleh demam yang anda alami sebelumnya. Hal ini demikian kerana badan memerlukan masa untuk membaik lagi setelah sesuatu jangkitan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.