
msyazwan635
5 tahun
Pening kepala bepeluh dan tak lalu makan
Saya berusia 23 tahun.saya lumpuh separuh badan patah tulang belakang T6 saya sekarang kerap pening kepala bepeluh dan tak ada selera nak makan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala diatas boleh disebabkan oleh:
- Hipotensi postural (kerana ubat-ubatan, kurang air, penyakit Addison, penyakit saraf)
- Anaemia (kurang darah merah)
- Vertigo (Vertigo Bening Posisi, Penyakit Meniere, migrain)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.