
Sulit
5 tahun
Pening kepala & berdarah rendah
Hi doc,saya seorg penjawat awam bdn beruniform berusia 35 thn,berkahwin & mempunyai seorang anak.
Masalah yang sering saya hadapi ialah kerap pening kepala yang boleh dikatakan kronik jika saya berada di luar kawasan yang panas terik dan terpaksa mengambil ubat sakit kepala/tahan sakit
Kadangkala jika saya memandu dalam perjalanan jauh dan keadaan panas,sakit kepala akan mudah menyerang
Baru2 ini saya ada memeriksa tekanan darah dan ahli farmasi memaklumkan yang saya berdarah rendah
Apakah yang patut saya lakukan untuk mencegahnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan beberapa punca seperti:
- Migrain - pencetus seperti makanan, stres
- Sakit kepala tegang - sakit kepala yang sering dialami kebanyakan orang
- Tekanan dara - terlalu rendah atau tinggi
- Anaemia - kurang sel darah merah
- Dehidrasi - kurang minum air
Antara punca utama tekanan darah rendah adalah kurang minum air atau banyak kehilangan air seperti cirit-birit, berpeluh dan kerap kencing. Sekiranya anda mengalami gejala seperti pitam atau rasa hendak pitam, penat dan sesak nafas yang kerap anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.