
szuleikaa
5 tahun
Pening kepala berdenyut denyut
Saya wanita berumur 15 tahun dan dah dua hari puasa,bile msuk je waktu tgh hari sya pening kepala smpai ke mlm dah dua hari dah jdi mcm ni,dah cube macam macam cara tapi tak berkesan badan panas skit dkt dlm,tak bermaya dah sapu minyak angin ,dah urut tapi masih tak hilang hilang apa yang saya ken buat lagi doktor

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah pening kepala boleh disebabkan oleh:
- Kurang tekanan darah
- Dehidrasi
- Migrain
- Benign positional vertigo
- Ubatan
Masalah sakit kepala pula boleh disebabkan oleh:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.