
Anonymous
5 tahun
Pening kepala berlanjutan
Saya seorang perempuan dan berumur 15 tahun. Minggu lepas, saya menghadapi demam selama seminggu dan dimulai dengan pening kepala yang amat teruk sepanjang demam. Selepas demam baik, pening kepala tersebut berlanjutan hingga sekarang . Pening kepala tersebut menyerang bahagian mata kanan atau dahi kiri. Setiap hari pening kepala ni ada. Penyakit apa ni ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pening boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV)
- Vertigo
- Meniere’s disease
- Acoustic neuroma
- Masalah penglihatan
- Akibat trauma leher atau kepala
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.