
ilahumairah08
5 tahun
Pening kepala berpanjangan
Assalamualaikum saya nak tanya… saya ada masalah migrain. Terlalu kerap pening kepala lebih lebih lagi selepas batuk… kebas tangan dan kaki, mual dan pening kepala ni berpanjangan selama 3-4 hari. Rambut juga banyak yg gugur. Dan pernah bila sakit dtg menyerang saya tak dpt menggerakkan tgn dan bangun dari tempat tidur. Saya juga cepat penat. Bila sakit kepala menyerang saya akan muntah muntah. Ada ketika tgn sy akan menggigil walaupun sudah makan… adakah ia petanda migrain juga?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala-gejala yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai hal. Antaranya:
- migrain
- vertigo
- menieres disease
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.