Sulit

4 tahun

Pening kepala dan berdebar

Doktor ,saya seorang pelajar perempuan dan berumur 16 tahun… Saya ingin mengetahui sama ada saya mempunyai masalah kesihatan mental atau anxiety… Saya sering kali berdebar debar, menggigil, kesejukan dan cemas… Saya mudah terasa dan sebak dan ingin bersendirian… Saya takut untuk berhadapan dengan orang ramai dan saya takut dengan kata kata orang serta persekitaran saya… Kadang kadang saya rasa sesak nafas dan sukar bernafas… Hampir setiap hari saya cemas … Keadaan ini telah berlanjutan bertahun… Terima kasih

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan mental anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda mempunyai perasaan berdebar, menggigil, kesejukan, cemas, mudah terasa, sebak, ingin bersendirian, takut berhadapan dengan orang ramai dan kadang kala sesak nafas yang telah berlarutan sehingga bertahun. Anda juga ingin mengetahui sama ada anda mempunyai masalah kesihatan mental. Saya faham anda berasa bimbang akan keadaan yang sedang dihadapi. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberi maklumat yang berkaitan.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis masalah kesihatan mental yang boleh memberikan simptom-simptom yang hampir sama seperti yang telah dinyatakan di atas. Sebagai contoh, seseorang yang sedang menghadapi masalah anxiety disorder boleh memberikan simptom seperti dibawah:

  • Berpeluh
  • Menggigil
  • Berdebar
  • Sesak nafas
  • Kurang tidur
  • Lemah
  • Mual
  • Tidak boleh mengawal emosi
  • Panik
  • Sakit dada
  • Ketakutan
  • Mudah cemas

Anda perlu berbincang dengan doktor untuk mengenal pasti simptom-simptom yang mungkin sedang dialami tetapi masih belum dikenal pasti, diagnosis dan rawatan yang tepat diperlukan untuk menangani masalah anda.

Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar psikatri kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Anda memerlukan khidmat nasihat mengenai masalah dan kesihatan mental? Doktor pakar psikiatri kami boleh membantu anda.

christian-ferrer-aK5Dt6L6_hQ-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)