
Sulit
4 tahun
Pening kepala dan gelap mata
Hai doktor . Ayah saya berumur 54 tahun … sekarang ayah saya mengalami gelap mata dan kerap pening sebelah kepala pada waktu malam . Ayh sy da pergi jumpa doktor di klinik tp doktor kata tiada apa apa … boleh doc explain tak dgn lebih jelas tentang mslh ni . Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ayah anda hadapi iaitu pening kepala dan gelap mata. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, jika ayah anda pening kepala dan gelap mata, anda seharusnya membawa ayah anda terus ke hospital bagi memastikan ayah anda tidak menghidapi penyakit “Giant Cell Arteritis” yang boleh menyebabkan buta pada kedua dua belah mata pada mata ayah anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh ayah anda. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara lain. Antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Ayah anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mata terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor. Jika masalah anda berterusan, teruslah berjumpa doktor.
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang ayah anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian serta merta. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.