
aminazim1516
6 tahun
Pening kepala dan hidung berdarah (beku)
Assalamualaikum,doktor.saya berumur 32 tahun, sedang hamil 28 minggu, anak ketiga. Saya didapati ada darah tinggi sejak kandungan 12 minggu. Ada makan ubat labetalol 100mg. Tekanan darah saya kadang2 normal, kadang2 140/90.Pada 28 minggu,hari selepas saya minum air gula (mogtt) belakang kepala saya tidak selasa, bukan sakit berdenyut, tidak rasa pening,rasa letih. Dan kemudiannya saya dapati ketidakselesaan pada hidung. Esoknya saya keluarkan darah gumpalan (beku) dalam hidung. Hari berikutnya, saya rasa pening setelah bangun dari kedudukan duduk atau baring. Adakah situasi ini berkait dgn cuaca sekarang yg panas atau berkait dengan tekanan darah tinggi saya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan pihak puan, saya amat menyarankan agar puan merujuk ke hospital atau klinik yang melakukan pemantauan terhadap kehamilan puan. Hal ini adalah kerana darah tinggi boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti pening kepala dan berdarah hidung. Darah tinggi yang tidak terkawal amat berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan.
Walaupun kemungkinan cuaca panas juga boleh menyebabkan simptom tersebut, adalah lebih baik untuk puan berhati hati dan merujuk perkara ini ke hospital dengan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!