
Sulit
5 tahun
Pening kepala dan muntah-muntah
Anak saya berumur 6 tahun. 2 ke 3 hari ni anak sy mengalami batuk dan selsema tapi semalam selepas balik bermain dipadang dia mngadu pening kepala dan selepas itu muntah. Pada keesokkan paginye juga dia masih pening dan tengahari nye dia mngadu pening dan muntah lagi sekali

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala dan muntah yang anak anda alami ini boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Demam influenza
- Jangkitan saluran udara/paru-paru
- Jangkitan dalam telinga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.