
Sulit
4 tahun
Pening kepala dan rasa nak muntah
Sakit dibahagian atas kepala… sakit kepala di bahagian kening… rasa pening bila naik kereta, feri or train… dah lebih 3 hari rase… sy berumur 25 tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai sakit kepala di bahagian kening yang berlaku sejak 3 hari yang lalu. Untuk makluman anda, sakit kepala pada bahagian kening lebih dikenali sebagai ketegangan sakit kepala (Tension headache) yang boleh berpunca daripada beberapa faktor:
- Gangguan stress
- Mabuk laut
- Tabiat pemakanan yang tidak seimbang
- Keletihan
- Ketegangan mata
- Kurang tidur atau rehat
- Dehidrasi atau kurang minum air
- Merokok atau minum alkohol
- Kurang melakukan senaman
- Tekanan darah tinggi.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Simptom yang anda perihalkan boleh dikaitkan oleh pelbagai penyakit yang memerlukan siasatan lanjut mengenai masalah yang anda hadapi. Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan atau jika anda menghadapi simptom-simptom lain seperti muntah, loya, hilang kesedaran, masalah tumpuan, sesak nafas dan juga ketegangan leher yang berpanjangan. Sementara itu, kami nasihati anda mencuba yang berikut bagi melegakan simptom anda:
- Lakukan senaman yang seimbang
- Elakkan tabiat makan lambat. Sila makan pada waktu yang ditetapkan
- Kurangkan stress
- Cukupkan waktu tidur dan rehat
- Betulkan posisi tidur.
- Meminum air yang mencukupi
- Amalkan makanan yang mempunyai khasiat yang sihat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.