Sulit
5 tahun
Pening kepala dan sakit bahagian perut
Saya sering sakit kepala sampai tahap loya. Sakit kepala kadang dkat bahagian mata. Terlalu sakit dkat mata tu. Kadang dia berdenyut dkat bahagian kiri kepala. Perut saya pula sering sakit di bahagian perut bawah pusat tu. Rasa macam pedih pedih.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































