Sulit
2 tahun
Pening kepala dan sesak nafas, selsema, lemah badan
Saya berusia 24. Saya tidak sihat 2 minggu, saya selalu pening kepala, keletihan tidak bermaya rasa nak pitam. Selsema hidung gatal, batuk kahak banyak. Dan kadang kala sakit dada rasa lemas, kerap sendawa.
Saya ada sejarah, hb rendah, alergi detergent dan habuk serta tb limfa dan paru2. Saya lengkap 2 dos vaksin. Say! Untuk pemeriksaan kesihatan, saya perlu ke hospital atau klinik?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, pening kepala, keletihan, tidak bermaya, rasa nak pitam, selsema, batuk berkahak dan sakit dada boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kurang darah (Hb rendah)
- Kadar gula rendah
- Tekanan darah rendah
- Penyakit paru-paru seperti parut, keradangan dan lain
- Penyakit jantung iskemia
- Gangguan limfa
- Gangguan saluran darah
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda boleh buat temu janji di mana-mana klinik kesihatan atau hospital berdekatan untuk berjumpa doktor.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.