
aizalkitol
5 tahun
Pening kepala dan tak selesa di bahagian tengkuk
hai doktor dari semalam petang hingga ker hari ni kepala saya pening rasa nk muntah bila dongak kepala jer rasa mcm nk pitam . bila baring tengkuk saya rse tk selesa , da pegi klinik doktor kata tengkuk saya kejang , da mkn ubat sapu krim still tkde perubahan kenapa yee doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign Positional Paroxysmal Vertigo
- Migraine
- Aneurisme Karotid
- Tengkuk kejang
Memandangkan anda sudah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan, sekiranya ubat yang diberikan tidak berfungsi walaupon sudah beberapa hari digunakan, kami menyarankan agar anda mendapatkan rawatan selanjutnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.