Sulit
6 tahun
Pening kepala dan tidak selesa
Assalamualaikum,saya berumur 19 tahun pada minggu lepas saya telah mendapati badan saya kurng selesa dan sering berasa pening kepala dan mual walaupun selepas makan dan kadang-kadang saya mendapati belakang saya berasa sakit dan saya juga telah memyedari bahawa setiap malam kaki saya akan berasa sejuk tetapi tangan saya rasa biasa
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pening kepala yang anda alami boleh disebabkan beberapa punca seperti:
- Dehidrasi - kurang minum air
- Migrain - pencetus seperti makanan, stres
- Sakit kepala tegang - sakit kepala yang sering dialami kebanyakan orang
- Tekanan darah - terlalu rendah atau tinggi
- Anaemia - kurang sel darah merah
Antara punca utama tekanan darah rendah adalah kurang minum air atau banyak kehilangan air seperti cirit-birit, berpeluh dan kerap kencing. Sekiranya anda mengalami gejala seperti pitam atau rasa hendak pitam, penat dan sesak nafas yang kerap anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































