Sulit
4 tahun
Pening kepala,lengguh kaki dan anggan
sy lelaki 30an,sejak dari sebulan lalu sy mengalami kurang selera makan,mual,pening,kaki dan tanggan rasa lengguh dan kulit kaki dan tangan bertompok2 putih…dan paling ketara berat badan sy menurun…sy sda brjumpa dgn doktor dan cuma dibagi ubt saraf,antibiotik dan vitamin…adakah sy mengalami morning sicknes sebab isteri sy mengandung?atau sy ada penyakit lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang sel darah merah
- kurang kandungan gula dalam badan
- tekanan darah rendah
Secara saintifik, apabila wanita hamil, pasangannya tidak akan mengalami sebarang alahan. Itu hanyalah kepercayaan adat masyarakat kita.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.