
muhdf2323
5 tahun
Pening kepala melebihi dua minggu
saya lelaki 20’an. saya sering pening kepala. sekarang sudah hari ke 15 saya pening. saya sudah ke klinik dan hospital dan doktor mengesyaki bahawa puncanya adalah sinusitis. saya telah melakukan ct scan dan keputusannya bukanlah berpunca daripada sinusitis. tanda tanda lain selain pening adalah saya berasa loya dan saya pernah muntah sekali, rahang saya juga sakit pada sebelah kanan tetapi bukan berpunca daripada gigi. belakang mata saya juga sakit tetapi pada waktu tertentu sahaja. kadang kadang mata saya akan panas tetapi mata saya tidak bengkak atau merah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pening dan loya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV)
- Vertigo
- Meniere’s disease
- Acoustic neuroma
- Akibat trauma leher atau kepala
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.