
Sulit
5 tahun
Pening kepala (migrain)
assalamualaikum doc , saya nak tanya saya ada masalah pening kelala yang amat sakit sering kali berlaku , saya ada buat pemeriksaan sebelum ini dan disahkan bahawa saya migrain , saya ada ambil beberapa ubat yang diarahkan namun sejak beberapa hari ini saya sering mengalami kebas pada tangan dan kaki . boleh saya tau kenapa ianya berlaku

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapatnya sejenis migrain yang akan bermanifes dengan kebas tangan dan kaki, dikenali sebagai hemiplegic migraine.
Selain itu, and juga boleh memeriksa tekanan darah anda kerana sakit kepala boleh berpunca daripada hipertensi yang boleh bermanifes dengan tangan dan kaki kebas. Kondisi ini memerlukan perhatian kerana seringkali akan menyebabkan strok.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.