
Sulit
4 tahun
Pening kepala, muntah, jantung laju, tangan gigil
Saya perempuan 20 tahun. Saya sering mengalami rasa nak muntah dan pening kepala. Jantung saya juga laju walaupun saya tidak buat apa-apa. Dua minggu lepas saya ada ke klinik kerana gatal-gatal pada badan dan doktor itu check nadi saya sangat tinggi 100+ daripada normal. Disebabkan rasa tak selesa di dada saya membuatkan saya rasa nak muntah. Tangan saya juga kerap menggigil. Kenapa ya dengan saya doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat pelbagai sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, antaranya
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan lapisan otak (meningitis)
- Demam denggi
- Malaria
- Kencing tikus atau leptospirosis
- Radang pankreas (pancreatitis)
- Masalah hempedu (jangkitan atau karang)
- Masalah hati (jangkitan)
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana perkara ini memerlukan perhatian yang segera.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.