
Sulit
5 tahun
Pening kepala secara tiba tiba
Ibu saya berusia 68 tahun. Ibu saya mengalami pening kepala secara tiba-tiba. Situasi itu juga boleh berlaku bila-bila masa sahaja samada dalam keadaan duduk atau baring. Apabila dibawa periksa ke doktor ianya normal shj dan doktor memberikan suntikan serta bekalkan bberapa jenis ubat. Kemudian ianya akan berlaku lagi. Saya terlalu panik apabila keadaan ini berlaku secara tiba- tiba. Soalan saya, bagaimana cara untuk mengawalnya dan kenapa pening ini terjadi secara tiba- tiba serta ubat apakah yang sesuai untuk keadaan seperti ini? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, gejala yang ibu anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Masalah vertigo
- Masalah tekanan darah rendah
- Masalah kurang darah
- Masalah saraf yang menyebabkan hilang keseimbangan
- Masalah kurang gula dalam darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.