Sulit
5 tahun
Pening kepala selepas baring
Saya berumur 16 tahun . Saya selalu pening kepala apabila saya bangun dari keadaan baring . Kepala saya berdenyut dan mata saya kabur buat seketika . Jantung saya pon berdegup laju waktu tu and rasa mcm susah nak berdiri sekejap . Tapi tak lama , sekejap je selalu . Lepas tu sakit tu hilang . So saya curious sebab apa . Saya juga alami sakit belakang , tengkuk , dan bahu saya berbunyi apabila digerakkan . Boleh saya tahu kenapa and apa ubatan yang boleh saya ambil
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- tekanan darah rendah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































