
Sulit
4 tahun
Pening kepala selepas jawab telefon
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya sedang bekerja di customer service untuk telefon jadi setiap hari saya jawab telefon. Tetapi sejak kebelakangan ini, saya sering pening kepala dan dia menjadi semakin teruk apabila saya jawab telefon. Saya rasa ianya sebab stress tetapi saya tak 100% pasti samaada sakit sebab stress atau sebab lain

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pening boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- stress
- lapar. Kelaparan boleh menyebabkan migrain
- persekitaran yang tertekan
- perubahan hormon
- tidur yang tidak cukup
- dehidrasi
- migrain
- terlalu lama menghadap komputer ataupun telefon
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika simptom anda menjadi lebih teruk. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.