
Sulit
4 tahun
Pening kepala selepas kepala terhentak di dinding dengan kuqt
sy brumur 16 tahun,kepala saya terhentak pada dinding dgn kuat semasa hendak baring,saya terasa ada lekukan pada bahagian tgh kepala dan berasa sakit di bhg tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ia adalah normal untuk berasa pening setelah mengalami trauma di kepala walaupun yang ringan. Anda boleh berehat dan pastikan bahagian kepala yang anda terhentak tiada luka. Sekiranya luka atau benjol, anda boleh merawatnya. Bagi benjolan, gunakan ais dan tekankan benjolan anda. Anda juga boleh mengurutnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.