
Sulit
5 tahun
Pening kepala, sesak nafas
sejak seminggu yang lalu, saya kerap mengalami sesak nafas tidak kira waktu siang dan malam, ini menyebabkan saya sukar tidur. Pada siang hari saya terasa pening kepala, sesak nafas. Saya telah diberikan ubat asma asthalin HFA namun ia tidak berkesan…saya tetap sukar untuk bernafas. Saya telah beberap kali ke klinik namun doktor hanya memberikan ubat cair kahak kepada saya kerana saya rasa macam ada sesuatu halang saya bernafas. Saya telah buat pemeriksaan jantung namun keputusan ok. Saya buntu kerana sehingga sekarang masih sukar untuk bernafas dan pening kepala

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti sejarah penyakit paru-paru dalam keluarga, hilang selera makanan, hilang berat badan dan macam-macam lagi.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.