
Anonymous
6 tahun
Pening kepala severe
Saya didiagnos menghidap ‘major depression disorder with mixed feature’ doktor sy telah memberikan ubat risperidone dan luvox. Masalah sy pd risperidone adalah sy mengalami pening kepala yg severe. Sy tidak dapat melakukan apa2 aktiviti langsung kerana kepala yg sangat pening. Sy hanya boleh baring sahaja. Jika sy buat normal aktiviti seperti memasak atau mengemas rumah. Sy akan pening hingga rasa loya. Adakah ini tindak balas normal untuk ubat risperidone ini? Untuk nota, sy sudah mengambil luvox selama 3 bulan dan risperidone percubaan selama 2 minggu. Sy baru mengambil risperidone selama 1 minggu. 0.5mg.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman pihak anda, salah satu kesan sampingan resperidone ialah sakit kepala. Oleh itu, anda mungkin perlu berbincang dengan doktor anda tentang masalah ini dan bertukar kepada ubat yang lain jika perlu dan sesuai dengan keadaan anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.