Sulit
6 tahun
Pening kepala teramat sangat
Saya wanita berusia 28 tahun. Sudah 2-3 minggu pening kepala di bahagian depan di bahagian dahi hingga ke mata. Tapi bru seminggu ni, badan saya panas, urat di leher sangat tegang (stiff neck) dan mengalami back pain. Dan pening kepala saya semakin menjadi-jadi. Sudah 3 doktor saya pergi, dan mereka kata saya hanya pening kerana migrain @ pening kerana sakit urat @ pening sebab saya demam. Tapi bila saya makan ubat yg doctor bagi, kepala saya jadi lebih pening sampai saya rasa kadang seperti nak tutup saja mata untuk tidur sebab pening sangat. Kepala saya pon jadi sakit teritama dekat dahi dan tepi belah depan bila saya meneran untuk buang air besar / ketawa.
Adakah ini pening migrain sahaja? Atau adakah saya punya masalah yg lebih besar spt kanser dan lain?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, selain migrain, gejala sakit kepala dan gejala lain yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan dalam kepala - meningitis atau enkefelatis (encephelatis)
- Tekanan dalam kepala tinggi - akibat pendarahan dalaman, pembesaran kalenjar pituitari, ketumbuhan
Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dihospital bagi membantu menyelesaikan masalah ini kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.


































