
Sulit
3 tahun
Pening kepala yang berpanjangan sejak tahun lepas.. Badan lemas dan tangan kebas
Sya mengalami simptom berikut
1.pening kepala tidak kira masa. Hampir setiap hari bermula dari awal pagi hingga lewat petang…
2.kepala terasa ringan, hanyut/terumbang ambing… Kadang berlanjutan 2,3 jam… Apabila reda, bganti pula dengan pening
3. Badan lemas dan kebas
Sya telah jumpa beberapa doktor swasta dan kerajaan. Setiap satu dengan diagnosis yg berbeza. Sya juga telah buat ujian darah. Darah sya ok sahaja. Sya jg telah amalkan cara hidup sihat. Tidur awal setiap hari, masa tidur 7-9jam. Tidak ambil kafein, tidak merokok. Ambil makanan yg seimbang dan jg ambil vitamin C dan B. Setiap hari sya bersenam selama 20-30minit. Tetapi keadaan tetap sama. Setiap kali bangun pagi, sya akan merasakan pening atau kepala ringan. Apakah sya berpotensi mendapat tumor otak? Apakah masalah yg sya hadapi??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Benign paroxysmal positional vertigo
- Meniere’s disease
- Anemia
- Hipoglikemia
- Tekanan darah rendah
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor