
azrin98yamin
4 tahun
Pening ketika latihan berat
Penibg pening ketika latihan berat

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pening berterusan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV)
- Vertigo
- Acoustic neuroma
- Akibat trauma leher atau kepala
Masalah ini juga boleh berpunca daripada aktiviti mengangkat berat kerana ia memerlukan tenaga yang banyak. Oleh itu, pening yang anda alami boleh berpunca daripada kondisi berikut:
- Dehidrasi
- Kepenatan terlampau
- Ketidakseimbangan elektrolit
Anda dinasihatakn untuk mendapatkan minuman yang secukupnya, pengudaraan yang baik ketika mengangkt berat dan mendapatkan nutrient ataupun karbohidrat secukupnya untuk sumber tenga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.