nazamremi03
4 tahun
Pening, loya dan muntah
Salam sejahtera doktor, anak saya kebelakangan ini sering pening kepala, loya dan muntah di sekolah ,tapi muntah tak kerap, hanya selepas waktu rehat di sekolah, Ada ini disebabkan serangan cacing?.. Dan perlukah saya memberi ubat cacing kepada anak saya…
terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang dihadapi oleh anak anda boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Alahan makanan
- Cacing parasit
- Masalah dalaman telinga
- Kencing manis jenis 1
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anak anda disarankan untuk dirujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anak anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.