mieza14
4 tahun
Pening melayang semakin teruk
Saya wanita berumur 37tahun…saya sekarang ini sering merasa seakan nak melayang mcm nk jatuh…seblum ini pernah 2 kali trajdi bila bangun tidur saya bangun keaadan sekeliling rasa berputar²…sya g check doktor…doktor ckap vertigo…dan akan baik sndri…tpi lama kelamaan sya rasa keaadaan sya lgi teruk…contohnya bila nk tidur setiap malam…sya nak pejamkan mata saya rasa berpusing² dan bila sya mata nk tengok focus pada sesuatu bnda…saya akan rasa mcm melayang…telinga pula rasa berdesing dan bengang…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda sebutkan boleh disebabkan:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Kurang thiamin dalam diet
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.