
Sulit
5 tahun
Pening melebihi 3 minggu
Saya remaja 19 tahun, saya kerap pening dan tlh mlbihi 3 minggu, kadang sakit kpala bila bangun pagi rsa keseimbngan badan tidk seimbang, selain itu merasa bilik berputar, saya kdng sesak nafas d sbb kn asma yg kadang menyerang. D sbb kn itu juva saya sukar nak tidur akibat pening bila waktu malam bila nak tdur msti terbangun balik d sbb kan terkejut dn sakit sukar utk bnafas. Saya juga tlh baru sahaja lepas dari period yg penuh d pad sya pd 24 hbulan lalu. Apakah sya ini mengandung sbb sya tlg mlakukan seks juga. Ttpi sya tidak terlepas dri period sya. Boleh trangkn lbih lanjut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan telinga
- Tekanan darah rendah
- Sel darah merah berkurangan (anemia)
- Rawatan asthma yang tidak efektif dan memerlukan penukaran ubat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.