
lilytheace95
5 tahun
Pening, muntah dan sakit di bahagian belakang
Saya perempuan berusia 24 tahun dan sudah berkahwin… Saya sering sakit kepala terutama di sebelah kanan atas telinga… Rasa sakit tu terlalu kuat dan saya boleh bagi 9/10… Semasa sakit sy juga rasa mual dan muntah… Sehingga dada saya terasa sakit… Dan saya mengalami rasa sakit pada bahagian belakang sebelah kiri dan pinggang… Rasa sakit tu kadang kadang buatkan sy tak boleh bergerak atau stuck bila nak duduk… Ketika belakang dan pinggang saya sakit saya hanya mampu berbaring dan pergerakkan saya juga terbatas… Saya tidak boleh berdiri lama duduk lama dan naik motor… Kebiasaannya ketika mengalami sakit ini urine sy juga hanya keluar sikit sahaja dan keluar kerap setiap 5 minit… Rasa pedih dan ngilu terutama bila urine sy cuma keluar meleleh sedikit atau keluar setitis sahaja… Disini saya ingin bertanya adakah sakit saya ini serious ataupun ianya hanya perkara biasa dan tak perlu saya risaukan… Jika serious pada siapa saya perlu berjumpa dan buat rujukan… Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Masalah sakit pinggang pula boleh disebabkan oleh:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Bagi masalah kencing, ianya boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.