
prabhaprakhash
5 tahun
Pening- pening, rasa muntah
Saya wanita 31 tahun…Baru kahwin 2 Bulan…
Sejak tiga empat Hari ni I Rasa pening waktu malam… N Rasa muntah…tapi tidak muntah …
Adakah ini tanda kehamilan doctor???
I sudah buat pregnancy test do rumah tapi negative…
I kahwin Bulan 3… Bulan empat I dapat haid 2 Hari je… tapi hari 2 warna brown…
Haid I teratur Dan tidak terlepas Dari tarikhnya…
Bulan empat I check negatif…
Tapi I keliru adakah ini tanda kehamilan atau simptom lain…
Sekian doktor

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)
untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Namun tanda-tanda ini boleh disebabkan oleh penyakit lain juga. Bagi mengetahui punca masalah anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.