
Sulit
3 tahun
Pening..rasa lemah badan n mood brtukar2
Saya mengalami darah keluar banyak dan ketulan daging…adakah saya gugur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya normal sekiranya ia adalah proses implantasi, biasanya dalam 2 minggu selepas kenal pasti kehamilan. Selain itu, ia juga boleh disebab oleh perkara lain seperti kehamilan tergugat atau keguguran.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut seperti imbasan ultrasound dan lain. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu Dan Anak (Obstetrician).