
shamsaufi
5 tahun
Pening & sakit belakang mata
Doktor, saya berumur 26 tahun, saya ada rabun jauh, saya perasan bermula dari bulan 3 mata saya agak kabur dan mengalami pening yg ringan ketika bergerak agak pantas, dan yang paling saya perasan, ketika memandu, bila berhenti di traffic light atau simpang, saya rasa kereta berundur ke belakang, walaupun saya sudah menekan brek… Dan sekarang saya rasa senak di belakang dua-dua mata saya, kadang kadang sakit hingga ke dahi… Saya tidak tahu samada masalah dengan mata atau kepala saya doktor, jika saya ingin dapatkan rawatan, ke mana yg perlu saya pergi doktor?.. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Untuk mendapatkan pendapat pakar, silakan untuk mengatur temujanji dengan doktor ophthalmologist (doktor pakar mata) ataupun neurologist (doktor pakar saraf).
Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.