
Sulit
3 tahun
Pening, sakit kepala, selsema, batuk dan sakit tekak
4 hari lepas saya mula sakit tekak, kemudian esoknya saya mula selsema dan batuk kering. Sehingga hari ini dan harini saya mula rasa tak dapat untuk balance badan dan asyik rasa nak jatuh. Dan bila saya cuba fokus pada sesuatu, kepala saya rasa berpusing.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Infeksi virus
- Vertigo
- Meniere Disease
- Migrain
- Tekanan darah rendah
- Hipoglikemia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.