nurinqila96
5 tahun
Pening secara tiba-tiba
Assalamualaikum doc. Sy berumur 23 tahun dan sudah berkahwin. Sy kerap mengalami pening kepala lagi² bila sy tunduk dan hendak bangun semula dari tunduk tu terasa pening berpusing akan tetapi pening berpusing dan terasa hendak pitam ini tidak kerap berlaku. Tetapi ia menganggu kerja seharian sy. Sy takde masalah kesihatan kencing manis mahupun darah tinggi.
Boleh sy tahu apa punca dari permasalahan sy ini ? Dan apa yg perlu sy lakukan untuk mencegah dari terus terjadi ?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































