
Sulit
4 tahun
Pening selepas derma
Semalam saya derma darah. Selepas derma darah saya datang haid dan kepala saya kadang kadang rasa pening dan loya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini adalah perkara yang normal selepas menderma darah kerana badan anda kehilangan darah. Tambahan pula, anda kehilangan darah melalui haid selepasa menderma darah. Nada erlu lebihkan berehat dan makan makanan penambah darah seperti bayam, hati ayam dan daging merah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.