
Sulit
4 tahun
Pening teruk Dan telinga berdesing teruk
Hi doc…Sy skg selalu diserang vertigo…blh dktekn tiap2 Hari…dlu 6,7 bln Bru die dtang skali…telinga pon Makin teruk berdesing…adekah masalah tulang leher pon blh JD sebab vertigo…leher Sy sdh berbulan sakit xsembuh2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan yang anda sedang alami. Vertigo adalah keadaan di mana anda mengalami masalah ketidakseimbangan dan sentiasa berasa berputar atau berpusing.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami vertigo:
- Migrain
- Posisi leher yang lemah
- Jangkitan telinga
- Kecederaan kepala dan tengkuk
- Ubat-ubatan
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Walaupun begitu ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami vertigo. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Jika anda mempunyai pertanyaan lain, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.