
Sulit
3 tahun
Peningkatan eoasonofik
Sy wanita berusia 28…sy bru menerima ujian keputusan drh…sy mengalami anemia dan eosnofil… Soalan sy blh atau tidk sy nk kurangkan eosnofil dlm drh sy…bagaimana? … 10% spatutnyer 1-6% shj…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang keputusan ujian darah anda. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, peningkatan eosinofil dalam darah boleh menjadi petanda beberapa perkara, seperti:
- alahan/alergi
- jangkitan kuman
Bagaimanapun, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Kelainan darah atau kanser
- penyakit autoimun
- masalah endokrin
Untuk mengatasi masalah ini, puncanya yang tepat haruslah diketahui terlebih dahulu.
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.