
Sulit
3 tahun
Penis anak tenggelam
Anak berusia 10thn…penisnya tenggelam …lansung tak nampak batang…dia suruh dia kuruskan badan sebab ada lemak disitu…dah exercise tapi still tiada perubahan…anak rasa malu dgn kawan disekolah bila ke tandas …harap dibantu

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anak anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anak anda menghadapi masalah penis yang tenggelam. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, penis tenggelam atau buried penis adalah keadaan yang boleh terjadi kepada setiap golongan lelaki tanpa mengira usia di mana saiz zakar kelihatan kecil kerana tertanam di dalam kulit pada bahagian abdomen, paha atau skrotum. keadaan ini sering berlaku kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.
Berikut adalah beberapa faktor yang boleh menjadi dalang kondisi penyebab zakar tertanam:
- Berat badan berlebihan atau obesiti
- Masalah genetik – ligamen yang menghubungkan zakar lemah
- Lymphedema – Kawasan skrotum membengkak dan penuh dengan air
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.