
Sulit
4 tahun
Penis tak keras ini terjadi pada dua tahun lepas saya tak tahu nak buat apa saya malu nak bagi tahu ke doktor apabila saya ke klinik
Saya berumur 59 tahun saya mengalami penis tak keras dan jadi pendek bila bersama isteri saya jadi saya rasa malu dan selalu cari alasan apabila di ajak bersama .apa harus saya lakukan

4 tahun
Salam sejahtera dan tahniah kerana mengambil initiatif untuk menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak tuan dan sedia maklum tentang sikap anda apabila tidak mampu berterus terang apabila ke klinik. Jangan khuatir kerana ia adalah respons yang normal bagi sesetengah pihak. Walaubagaimanapun bantuan kami disini adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui kenyataan diatas.
Seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Ingin juga saya sertakan antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Cara merawat “mati pucuk” adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
- Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
- Kurangkan berat badan (kolesterol dapat menggangu sistem saluran darah)
- Elakkan merokok (merokok dapat menggangu sistem saluran darah)
- Pengambilan ubat-ubatan - ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi atas sebab kesan ubat ini
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Akhir kata, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.