Sulit
5 tahun
Penisaya mempunyai masalah ketika bersama isteri. Masalah penis
Saya lelaki berumur 43 tahun
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, kebanyakkan lelaki yang mengadu mempunyai masalah penis atau zakar ialah masalah mati pucuk dan juga ejakulasi pramatang.
Masalah mati pucuk boleh disebabkan oleh:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Kebanyakan kes ejakulasi/pancutan pramatang tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, seperti:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Anda boleh melakukan langkah-langkah berikut:
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Psikoterapi
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


































