
Sulit
3 tahun
Penjagaan bayi penghidap G6PD
Hi doctor,
Anak saya baru lahir pada 25 Mei 2021 dan disahkan penghidap G6PD. Boleh saya saya tahu apa itu G6PD, penggunaan mandian, ubat-ubatan dan pantang larang semasa membesarkan anak? Adakah G6PD ni boleh diubati? Harap dapat penerangan daripada doktor memandangkan ini merupakan satu-satunya anak yang menghidap G6PD. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, kondisi G6PD dikenali sebagai glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency di mana bayi atau individu tersebut mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk membantu darah merah bekerja atau berfungsi seperti darah merah sihat yang lain.
Individu yang menghidap G6PD perlu mengelakkan diri daripada beberapa benda yang disebutkan di bawah:
- Bahan kimia: Naphthalene (bahan ini terdapat di dalam ubat gegat)
- Ubat-ubatan
- Ubat antimalaria
- Antibiotik sulphonamides
- Aspirin
- Pemakanan
- Kacang parang
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Perkara-perkara di atas perlu dielakkan sepanjang hayat kerana ia boleh memecahkan darah dan menyebabkan anemia hemolitik. Sekiranya anak anda dimasukkan ke hospital, anda perlu memberitahu pegawai kesihatan bahawa anak anda mempunyai masalah G6PD supaya pelan rawatan lanjut boleh diubah bersesuaian dengan keadaan anak anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan memerlukan pandangan kedua, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.