
Sulit
3 tahun
Penjagaan pesakit ex-covid
Salam doc, bapak saya merupakan ex covid cat 5. Saya nak tanya macam mana penjagaan yang betul di rumah dari segi pemakanan dan aktiviti fizikal…lepas almost sebulan bapak saya discharge, dia kata dia rasa lemah. Boleh ke bapak saya divaksin selepas 3bulan? Ada apa apa effect ke dekat health dia?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan garis panduan daripada KKM, individu yang telah pulih daripada jangkitan Covid-19 boleh divaksin selepas 90 hari atau 3 bulan. Sebelum memberikan vaksin, doktor akan membuat penilaian terhadap tahap kesihatan ayah anda terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu risau mengenai pengambilan vaksin oleh ayah anda.
Anda memaklumkan bahawa ayah anda telah pulih daripada jangkitan Koronavirus, tetapi mengalami lemah badan. Ini merupakan perkara biasa bagi bekas pesakit Covid-19 dan mereka akan kembali kepada normal selepas beberapa bulan. Anda boleh memastikan diet ayah anda seimbang dan kaya dengan nutrisi-nutrisi. Pemakanan buah-buahan dan sayuran amat digalakkan kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin yang boleh menguatkan badan dan membina sistem imuniti. Ayah anda juga boleh melakukan aktiviti senaman yang ringan seperti berjalan atau senaman rekreasi. Selain itu, ayah anda juga boleh mendapatkan supplemen vitamin atau supplemen lain untuk membantu sistem imuniti. Anda boleh merujuk di sini.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami untuk nasihat yang lebih lanjut dan peribadi.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini