
Sulit
5 tahun
Penumonia di bahagian paru2 kanan
Saya menghidap pneumonia sejak bulan Februari yang lalu. Saya masih menjalani rawatan di sebuah hhospital di Johor. Kini saya berada di kampung halaman di Kedah. Saya pmempunyai temujanji bersama doktor pada 13/4 ni untuk melihat perkembangan , tetapi kerana keadaan Covid 19 dan saya berada jauhndari hospital yang ditetapkan… apakah langkah seterusnya yg harus filakukan? Ada cadangan dari para doktor?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, anda boleh menghubungi doktor yang merawat anda dan bertanyakan pendapat mengenai masalah ini.
Alternatif lain ialah dengan merujuk masalah ini kepada doktor secara “virtual” atau secara atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.