
talibanthegunners
5 tahun
Penyakit aritmia jantung
Saya pemuda 40 an,sy ada mengalami aritmia jantung,boleh tak pesakit mcm saya ni,minum air nyor or kelapa muda dan blh x amalknnya…sebab saya ada baca satu artikel air kepala bahaya utk pesakit jantung.t.kasih docktor yang arif lg bijaksana.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, air kelapa mengandungi kandungan potasium dalam air tersebut. Ia boleh diminum tetapi tidak berlebihan. Hal ini kerana, potasium yang tinggi boleh menerukkan penyakit jantung yang anda hadapi dan hal ini boleh membawa maut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!