
Sulit
3 tahun
Penyakit asma boleh ke cucuk vaksin
Hi,acik saya berumur 51 tahun,dia kerap asma,bolehkah dia cucuk vaksin dan selepas itu bagaimana dengan kesihatan dia, sbb acik saya risau,terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan pakcik anda. Berdasarkan kenyataan anda, individu yang mempunyai masalah asma boleh mengambil vaksin COVID-19 tetapi perlulah melakukan pemeriksaan secara menyeluruh terutama sejarah penyakit asma dan alahan lain.
Bagaimanapun, kami sarankan pakcik anda untuk membuat pemeriksaan pra-vaksinasi terlebih dahulu kerana lebih banyak maklumat diperlukan untuk memastikan sama ada pakcik anda layak ataupun tidak untuk menerima vaksin.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini