
Sulit
5 tahun
Penyakit batu karang
Saya wanita berusia 22 semasa penyakit batu karang saya sering kencing berdarah tetapi semenjak makan ubat antibiotik selama 2minggu kencing saya tidak berdarah lagi. soalan saya apa tanda2 awal batu karang baik sepenuh nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, status penyakit batu karang dapat diketahui melalui pemeriksaan imaging seperti xray.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.